Kenapa Raya?

Kenapa nak raya baru nak beli baju baru? Hari biasa tak ada jual ke?

Kenapa nak raya baru nak cat rumah? Kenapa tak cat sebelum tahun baru?

Kenapa Masjid penuh bila hari raya? Kenapa sembahyang Jumaat tak penuh?

Kenapa hari raya orang datang rumah aku? Hari biasa tak boleh datang ke?

Kenapa hari raya baru nak minta maaf? Kenapa dah buat salah tak minta maaf automatik?

Kenapa hari raya baru pakai baju melayu? Hari biasa tak boleh pakai ke?

Kenapa hari raya baru nak kasi zakat kat budak-budak? Hari biasa tak boleh kasi ke?

Kenapa hari raya baru ziarah kubur? Hari biasa kubur tutup ke?

Kenapa hari raya baru ada ketupat? Hari biasa tak ada jual daun ketupat ke?

Kenapa hari raya baru ada kuih tart dan makmur? Hari biasa orang malas nak buat ke?

Kenapa hari raya baru ada lagu raya? Hari biasa tak boleh dengar ke?

Kenapa banyak kenapa ni? Entah kenapa banyak kenapa kenapa….

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *