Aku Anak Yang Memakai Tudung

There’s always 2 sides of the coin. and information via the media is always selective. memang telah ditakdirkan, kita orang Islam pasti akan sentiasa dicabar. something to ponder: the Jews killed Christian’s Jesus but why are we Muslims the enemy?

You live to only fight an UNKNOWN battle

Aku Anak Yang Memakai Tudung

Aku anak yang memakai tudung
Ke sana ke sini dicemuh orang
Ke sana ke sini dikecam orang

Mereka lihat dengan pandangan garang
Seolah aku akan ke perang
Padahal aku hanya ke sekolah
Menuntut ilmu apalah salah

Kanak-kanak sampai ke sekolah
Disambut oleh keriangan kawan
Aku pula sampai ke sekolah
Disambut oleh para wartawan
Mereka bergegas mengambil gambar
Untuk dijadi hiasan akhbar

Aku mula takut dan hairan
Banyaknya mereka dari segi bilangan
Aku mula bertanya ayahku
“Apakah benda yang mereka mahu?
Apakah salah yang aku lakukan?”

Kamera-kamera terus mengiringiku
Sehinggalah aku diambil guru
Ayah terus mendakap tubuhku
“Selamat tinggal wahai puteriku”

Ketika sampai di bilik darjah
Aku mula berkenal-kenalan
Dan mula mendapat kawan
Sungguh seronok bergaul mesra
Dengan kawan tak kira bangsa

Hari pertama memang seronok
Dapat belajar dan juga berkawan

Tapi bila ceritaku mula disiarkan
Oleh pihak media tempatan
Kawan-kawanku mula memulaukan
Aku keseorangan
Tiada berteman

Kenapa sekarang mereka demikian?
Padahal hari-hari pertama
Mereka bersama Beramah tamah Bergaul mesra
Tak kira apa pun bangsa
Tak kira pakaianku bagaimana

Ini semua kerana cemuhan
Sudah mula tersebar luas
Aku ingin sekali fahamkan
Apa perkara yang mereka tak puas?

Semakin hari semakin sedih
Mendengar cemuhan, tersangatlah pedih

Mereka berbisik sesama sendiri ” Eh, Mak kita cakap jangan kawan dengan budak tudung tu.

Dia degil.

Pengetua suruh buka tudung dia tak mahu”

Ini semua adalah cemuhan
Menyebabkan aku keseorangan
Belajar dan bermain Tiada berteman
Duduk aku di satu sudut
Dituduh sebagai orang yang kolot
Kerana aku memakai tudung

Sebenarnya, ketahuilah wahai masyarakat
Akulah yang merayu pada Sang Ibu
Aku bertudung jangan disekat
Ketika ke sekolah menuntut ilmu
Dari kecil tudung kupakai
Baik ke pasar atau ke kedai

Kini,
Setiap kali ibuku mula menyarongkan
Sehelai tudung ke atas kepalaku
Wajahnya sedih menahan pilu
Kemudian akan ibu mula ucapkan

“Nak, nanti di sekolah kena bersabar. Nanti banyak orang yang nak ambil gambar. Biarkan mereka ya nak. Kita ke sekolah untuk belajar.”

Sungguh lembut ibu bapaku
Ketika mereka sedang bercakap
Walau kini ada cemuhan
Bahawa mereka orang biadap!

Ini semua adalah hinaan
Ke atas aku menjadi tekanan
Tapi hati kucekalkan
Bukankah ini sunnah Tuhan?
Bahawa hidup ada ujian

Kini, Kami tetap menanti
Akan keputusan yang akan diberi
Adakah kami akan dihina
Atau tetap menahan hiba

Sudahlah Ibu Jangan menangis
Sudahlah Ayah Jangan bersedih
Walau hati telah terguris
Akibat hinaan yang sangatlah pedih
Ini rayuan anakmu yang soleh

Oleh: Belia Ghufran Seorang yang prihatin

VISI Seri_Akhawaat
“Membina Khaira Ummah Melalui Penjanaan Ukhuwwah Islamiyyah Serta Pengislahan Muslimah Berlandaskan Al-Qur’an Dan Sunnah Rasulullah S.A.W.”

**********************************************************************

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk – yakni kebenaran, maka baginya adalah pahala seperti pahala2 orang yang mengikutinya, tidak kurang sedikitpun dari pahala mereka itu.”

(Hadith riwayat Muslim)

1 Comment

  1. Camila

    I have always know Malays to be nice pelpoe.lky’s mindset is due to his continuing suspicion and ill-disposition towards Malays since the start of his political career. if there is any consolation, it is not personal because he hates the guts of ANYONE who cross his path, whatever his race, religion or nationality. Good obvious examples – jbj, Chee sj, Tang LH, Francis Seow, even old time ‘comrades’ who went through thick and thin with him like Devan Nair. He likes pelpoe like Goh KS, EW Barker, S Rajarathnam etc becasue they handle Lee with kid’s gloves or can hold their own against him or are simply pliable.

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *