Operasi Kekuda

24/10/2004 : 12 tengahari
PC yang sakit pun tiba di bawah blok rumahku. Berat jugak pc ni. Mana tak berat, ada DVD-Rom dan CD-RW.

Aku pun pasang wire2 yang patut dan ON pc HP tu. Lembab betul cam kekura nak start WinXP. Adalah dalam 5 minit ku tunggu.

Dah start, program mula2 ku cari ialah Zone Alarm. Ku check program2 yg access internet. cross64.exe, pksvc.exe, tvl.exe, Win-Host.exe dan xpndis.exe – program2 yg ku tak pernah dengar. Program apa ni?

Aku check alert pulak. Setiap 2 saat, program2 asing tu beraktif.

Ku clear cache. 45MB seh.

Ku hidupkan firewall pc ni.

Semua "routed". Lain macam je.

Aku check pulak Anti-virus dia. Dia dah delete virus2 ni.

Ah.. Kekuda. Apa pulak dia gi repair kekuda ni?

Aku scan pc ni dan dapat alert ni.

Aku install PC DoorGuard 3 dan jumpa "Backdoor.SdBot.gen" di Win-Host.exe. Nilah kekuda tu!

Dia suruh delete? Ok.

Hampeh.com… For registered user only!

Ni program lagi satu aku install. Tak nampak bayang satu virus pun.

Ni satu function dari PC DoorGuard 3. Ada spyware – "EliteToolbar".

Norton Anti-virus detect adware ni.

Tak gunanye Norton. Apsal tak leh delete?

silent56.exe – virus file.

Mana file ni? Cakap kat C drive?

Norton Summary.

Lagi satu program aku install. Pembunuh kekuda. Tak ada pun kekuda.

Apa2 jelah. Aku dah disable pun keluar warning ni.

Last the "Stinger". Segala virus keluar.

Semua keluar virus dah dihapuskan.

Aku rasa nak reinstall balik WinXP ni. Aku pun start install, 20 minit dah siap dan reboot. Rasa2 macam lama gitu dia nak load-up. Aku pun start ZoneAlarm dan Anti-virus. Hampeh.com lagi. Ada virus. Nilah apa yang budak tu cakap, dah install baru, masih ada virus. So, tak ada cara lain, aku pun mulalah cara terakhir aku.

Recovery CD takda. Kena burn 10 CD dari pc ni. Dalam 2 jam aku burn cd. Ketak-ketuk bunyi cdrom dia. Bisingnya bila dia open tray.

10 CD dah siap. Aku pun mulakan operasi fdisk untuk clear Master Boot Record untuk pastikan tiada kekuda yang bersembunyi disitu. Selepas tu ku start recovery session. Aku harap2 file2 recovery ni tiada yg dijankiti virus. Sejam ku tunggu. Semuanya berjalan dengan lancar, boot-up pun cepat. Aku install apa2 yg patut, then check ZoneAlarm, PC DoorGuard 3 dan Norton Anti-virus. Semuanya ok. Tak ada satu makluk asing di pc ni.

10.30 malam aku terima sms tanya aku dah ok ke tak. Kalau ok dia nak ambik. Leh budak ni, tak sabar2. Aku kata kul 11.15 baru boleh ambik. Tepat kul 11 malam dia dah ada kat bawah blok aku. Memang tak sabar betul budak ni…

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *